Selasa, 27 September 2016

tips bibir cantik

TIPS SEMULAJADI MEMILIKI BIBIR YG SIHAT DAN MENARIK.... By #segobugo

Salah satu aset penting bagi wanita adalah memiliki bibir yang sihat dan seksi. Bibir yang menarik akan meningkatkan rasa percaya diri. Untuk itu kamu perlu menjaga kesihatan bibir secara semulajadi. Walaupun banyak cara untuk mengekalkan kesihatan bibir, tapi cara semulajadi jauh lebih diminati. Selain menjimatkan kos juga kurang kesan sampingan.

Ladies, berikut adalah cara untuk tetap cantik dalam menjaga kesihatan dan kecantikan bibir. Jom semak penjelasan berikut.

1. Jangan Lupa Memakai Lip Balm
Setiap kali selepas selesai mandi, jangan lupa untuk menyapu lip balm pada bibir. Lip balm membantu mengekalkan kelembapan bibir dan menjaga bibir tidak kering. Pilih lip balm yang tidak mempunyai aroma kerana lebih baik khasiatnya.

2. Jangan Lupa Pembersihan Gincu
Setelah seharian beraktiviti jangan lupa untuk membersihkan lipstik. Seharian memakai lipstik ia akan membuat bibir menjadi kering. Bibir juga perlu bernafas, memakai lipstik sepanjang hari akan menghalang liang-liang bibir untuk bernafas. Hal ini akan membuat bibir menjadi kering dan tidak menarik.

3. Sapukan Madu
Madu dipercayai sebagai pelembap semulajadi dan mampu mengatasi bibir pecah-pecah. Untuk menjaga bibir agar tetap lembap,kamu boleh memanfaatkan madu. Hanya sapukan madu merata ke permukaan bibir selama 15-20 minit, lalu bilas hingga bersih. Jika kamu rajin melakukan hal ini maka bibir kamu akan bebas dari masalah kering dan pecah-pecah.

4. Jangan Lupa Memakai Scrub
Membersihkan sisa lipstik antara rutin penting untuk kamu lakukan. Gosok secara perlahan bibir dengan scrub khusus bibir akan membantu mengangkat sisa sel mati dan bebas lipstik yang mengganggu. Bekas lipstik yang tidak dibersihkan akan membuat bibir menjadi hitam dan tidak menarik.

Ladies, demikian 4 cara merawat bibir agar tetap cantik alami. Mudah sekali bukan? Nah, untuk cantik tidak perlu kos yang mahal.... Selamat mencuba dan semoga bermanfaat...

#lipbalmscrub by #segobugo
#sayangi bibir anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan